Assalamualaikum
I love you, stupid! a.k.a ILUS merupakan air tangan penulis Melur Jelita yang mula berada di pasaran sejak 22 September 2012.
|
Air tangan & curahan idea Melur Jelita |
Mentelaah karya Melur Jelita yang ke-2 ini saya
banyak merujuk, mencari, bertanya dan berfikir. Banyak juga
mengeluarkan air mata (sampai bengkak mata gi kerja), gelak sehinggakan
suami tegur...'baca kamus pun bleh gelak ketawa macam tu sekali'..dan terhenti bacaan untuk mencari makna, cari gambar dan membuat catatan pada naskhah ILUS ini.
|
T-Baton atau Tonfa Baton ~~~ baru tau... |
|
Untuk rujukan di masa akan datang |
|
Nasihat dan tip pun ada semuanya dari sumber yang boleh dipercayai iaitu Quran dan hadis |
|
Ini pulak nota-nota kecil untuk saya |
Jika melihat pada ketebalan (1389 m/s) tidak termasuk prakata dan m/s iklan kat belakang...bayangkan betapa tebal, hampir 3 inci sudah pastinya akan timbul jemu tetapi itu semua tidak berlaku ketika saya menatap dan meneliti ILUS. ILUS tetap mantap dan berapi dari awal sehingga ke akhir penceritaannya.
ILUS ni mengetengahkan perjalanan seorang gadis bernama Iris (dia ni memang diva lah) membawa misi bantuan yang terajui oleh papanya seorang usahawan Melayu berjaya ke Kemboja. Disertakan juga misi rahsia Iris sendiri yang menyebabkan dia sentiasa merasa dirinya kotor dan kosong jiwanya. Cantik, kaya, kesukaan ramai, kesayangan ramai, ramai peminat, pandai menggoda (menggoda secara diva). Selalu kita jumpa watak Iris ni adalah watak sampingan dan jahat..dan itulah kelainan dalam naskhah ILUS...Iris menjadi watak utama. Di takdirkan bertemu dengan heronya yang Iris panggil Abang Pedas yang begitu kontra dengan sifatnya dengan Iris..namun part bertikam lidah tu kedua-duanya juara.
Maka lahirlah adegan-adegan lawak, gaduh-gaduh manja, gaduh-gaduh ganas, adegan air mata, adegan aksi-aksi samseng...adegan yang sangat manis dan macam-macam lagi rasa. Bukan sahaja Iris dan Abang Pedasnya tetapi juga Iris dengan watak-watak di sekelilingnya. Dengan Fatimah (adik perempuan Abang Pedas merangkap penterjemah Iris, tukang cuci baju Iris dll juga tempat Iris melepaskan gian tangannya yang cukup tempoh untuk menyolek orang-- sampaikan Firman pun nak disoleknya), Mai tuan (ibu kepada Abang Pedas & Fatimah juga berhati kering ketika Fatimah menyental tubuh Iris dengan berus sabut kelapa), Ly Matt, Ahmad, Hassan, Ustaz Zulkifli, Idzham, Kak Effa, Siti Zubaidah dan ramai lagi lah...Semua rasa kemanisan, kemasaman, kemasinan, kepahitan, kepayauan dan campuran rasa itu saya rasai ketika menyelusuri ILUS ini.
Banyak cerita di dalam naskhah ILUS ini. Nak cerita sejarah ada, cerita zaman komunis ada, cerita aksi ganas ala-ala Rambo ada, cerita kehidupan nelayan ada, kisah nabi dan para sahabat ada, kisah kekeluargaan ada, cerita romantik ada, komedi ada, ...kisah binatang pun ada. Bukan satu tapi banyak. Sebab tu saya memerlukan hampir 3 minggu menghadam ILUS ni. Bukan sedikit maklumat dan benda-benda baru yang saya temui di dalam ILUS. Dari alam dapur hinggalah ke
toilet. Dari dasar lautan hingga lah ke bintang.
Sedutan m.s 796, I Love You, Stupid!~~ Melur Jelita:
Menurut ahli bahasa Ibnu Faris, semua kata yang mengandungi huruf 'ra',
'ha' dan 'mim' membawa maksud 'lemah-lembut, kasih sayang dan
kehalusan.' Cuba perhatikan nama anda dalam huruf jawi, adakah
mengandungi huruf-huruf ini. Jika ada satu huruf sahaja, pasti anda
seorang yang penyayang dan lemah-lembut. Cuba renungkan nama anda!!!.( Yang ni membuatkan saya sengih sampai ke telingan) Alhamdulillah...saya cari jugak di google...then jumpa blog ini
http://diamdotcom.blogspot.com/2009/07/sebalik-kalimah-ar-rahman-dan-ar-rahim.html. Terima kasih Melur Jelita kerana berkongsi. Semoga Allah membalas kebaikanmu.
|
Siap buat folder khas untuk ILUS |
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengembara bersama Iris di Kemboja banyak menyentap hati dan perasaan saya. Minda sedaya upaya mencerna...mencelikkan minda supaya terbangun dari lena yang panjang selama ini. Jangan ingat nikmat keamanan yang dinikmati sekarang ini di bumi bertuah Malaysia kekal selamanya sekiranya generasi kita tidak menghargai dan menjaganya.
Nota buat penulis ILUS: Semoga Allah sentiasa memberkati apa yang Melur Jelita cuba sampaikan kepada pembacanya. Semoga Dia melindungi serta memberikan kesihatan buat beliau serta keluarganya dan terus berkarya untuk tatapan generasi kini dan akan datang. Teruskan menulis Melur Jelita.
Nota buat diriku: Semoga rasa ketika dan selepas membaca ILUS ini kekal untuk selamanya. Semoga rasa ini kekal disertai dengan peningkatan usahaku untuk ke arah itu. Ya Allah, cukuplah Engkau ada untukku, sesungguhnya Engkau sentiasa ada ~~I love You, stupid! (Melur Jelita).