Wednesday, 9 May 2012

KeINDAHan cinta IMAN~~~Zuraidah Othman

Tajuk: KeINDAHAN cinta IMAN
Penulis: Zuraidah Othman
Harga: RM22.90 (Semenanjung), RM25.90 (S/S)
Penerbit: NB Kara Sdn. Bhd.
Tahun terbit: April 2012

Sinopsis belakang buku:-
"Barulah saya tahu kenapa abang dan kakak ipar saya beria-ia sangat nak kahwinkan saya dengan awak. Awak tahu... saya akan ikut apa yang mereka suruh.  Kalau itu yang dia orang kejarkan sangat, saya akan serahkan butik itu kepada mereka. Itu hadiah saya sebelum saya keluar dari rumah. Sekurang-kurangnya itu sebagai tanda terima kasih sata atas apa yang pernah saya terima dulu... Selepas ni, diorang takkan berani mengungkit lagi."

Dia menangis lagi.  Cepar-cepat air jernih itu dikesatnya. "Awak ikhlas nak kahwin dengan saya?"
(Ada lagi tengok sendiri la yer belakang buku tu)


Nukilan Kak Ros:-
Indah seorang anak yatim piatu. Mempunyai 4 orang abang yang sama ayah tapi berlainan ibu dengan Indah. Indah ni kira anak bongsu, sorang jer pompuan. Amat mahir dalam bidang pastry dan merupakan rakan kongsi sebuah kedai roti.  Orangnya cantik, manis sejak kecil dan menjadi kesayangan ibu tirinya dan abang-abang tirinya (terutama abang sulung, Zahari - suami kepada Nadiah <---perancang kepada semua sehingga Indah terpaksa mengahwini Iman)


Iman juga anak yatim piatu yang paksa rela memikul tanggungjawab menjaga 4 org anak sedaranya yang kematian ayah (abang kepada Iman) dan ditinggal ibu mereka yang lari. Erk...memang adakan perkara macam ni berlaku.  

Cerita berlaku apabila rombongan Iman datang meminang Indah.  Berlaku silap faham Indah melarikan diri menaiki teksi yang dipandu oleh Iman (aik Iman driver teksi ke? jeng...jeng...jeng...) Setelah berkahwin Indah terpaksa berhadapan dengan karenah anak-anak sedara Iman..hanya Tuhan saja yang tahu betapa penyabarnya si Indah ini terutama apabila terpaksa melayan karenah along iaitu Aisyah yang sebenarnya mempunyai perasaan yang lebih dari perasaan seorang anak sedara kepada bapa saudara terhadap iman. Apa lagi si Aisyah anggap Indah adalah musuh utamanya.
 

Perasaan Kak Ros ketika dan selepas membaca:-
1st time baca tulisan penulis ini tapi memang impress lah. Gembira cos rasa tak rugi mengeluarkan RM18.30 untuk membeli buku ini dan berbaloi membaca nya.
Bintang: 3 out of 5


Catatan: Beli masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 kat PWTC dengan harga RM18.30 siap ada t.t penulis ini lagi.

No comments: