Wednesday, 9 May 2012

Awak Suka Saya Tak? ~~ Melur Jelita



Tajuk: Awak Suka Saya Tak?
Penulis: Norlaili Salleh a.k.a Melur Jelita
Harga: RM35.00 (Semenanjung), RM38.00 (S/S)
Penerbit: Karya Seni
Tahun terbit: 2011
Awak Suka Saya Tak? tulisan Melur Jelita atau nama sebenar beliau Norlaili Salleh.
Ini merupakan novel penyemarak semangat saya untuk membina koleksi bahan bacaan saya semula setelah bersara sekejap sejak kelahiran Aisyah Humairaa. (Bersara tapi beli jugak novel hihihi. Dalam erti sebenar bersara membaca word by word. Sejak kelahiran Aisyah saya sempat buat speed reading jer...bukan sibuk sangat pun tapi membuat andaian disebabkan lama dalam bidang pembacaan novel ini saya cuma perlu baca sinopsis, mukadimah, selak dengan cepat then ending ...kesimpulan nya saya dah tahu jalan cerita novel tersebut).  So tak yah baca setiap patah perkataan.

Tapi dengan ASST ini saya baca WORD BY WORD. Sepatah pun saya tak boleh lepas takut tak paham dan juga sayang sangat kalau tak baca...hik...hik...hik..macam tu sekali kan.  Ini bukan novel yang sekali pandang saya terus beli ya... cos bagi saya cover ASST kurang menarik (lain orang lain pendapatkan). Itu pendapat sebelum membaca tapi setelah khatam tak tau berapa kali dah ni baru saya faham kenapa cover ASST macam tu...amat kena dengan jalan cerita ASST.  Tengok sampai 2 naskhah koleksi saya. 1 naskhah untuk dilunyaikan dan 1 lagi simpan takut rosak...sayang. Nampak tak betapa bestnya novel ini.


Sedikit sinopsis belakang buku:-
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong, kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha.  Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh.  Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?....(ada lagi malas nak taip)

Nukilan Kak Ros:-
ASST? berkisarkan cerita kekeluargaan dan kasih sayang di antara sesama manusia tidak kira apa bangsa dan agama serta pegangan, juga kasih sayang kepada binatang (merujuk kuda~~~antara watak utama ni, kura-kura, burung merpati) dan yang utama kasih sayang umatnya kepada rasul dan Tuhannya. 

ASST? bukanlah novel Islamik<---merujuk kata-kata penulis itu sendiri tapi saya jumpa banyak sekali kata-kata nasihat serta ajakan halus untuk kita kembali kepada ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan kebanyakannya memang terkena batang hidung saya sendiri.

Ketika membaca ASST? saya boleh ketawa, menangis dan berfikir seperti watak-watak di dalamnya terutamanya watak Puteri Intan Zulaikha (novel ini menggunakan ganti diri aku so seperti proses penceritaan jer dan rasa amat dekat dengan diri kita yang membaca).

Banyak lagi nak cerita tapi macam panjang sangat nanti...siapa yang nak baca kang diri sendiri pun tak sudi nak baca. Eh dalam ASST? byk bahasa-bahasa yang biasa kita guna harian contohnya: kang marah kang...

Perasaan ketika membaca & selepas membaca ASST:-
 Bestttttttttttt sangat, rasa nak ulang baca lagi dan lagi, gembira, syukur cos berbaloi belanjakan RM35.00 utk dapatkan ASST?, kelakar, senyum dari mata sampai ke hati. Memang puas hati lah.

 Jumlah bintang dari Kak Ros:-
 5 bintang (dari 5) markah penuh untuk citarasa Kak Ros yer.

Catatan: Novel pertama dibuat ulasan:- Menunjukkan betapa sayang dan sukanya saya kepada ASST? ini.
 Naskhah pertama ASST beli kat Karya Seni secara online dengan harga RM35.00 termasuk pos(free). Naskhah ke-2 beli melalui Lyn Othman (FB) kerana nak dapatkan t.t Melur Jelita total termasuk pos RM45.00 (sunggup tu).

Update:- Gi PBAKL 2012 dapat jumpa Melur Jelita dan mintak t.t beliau. Nak ajak bergambar segan...

No comments: