Thursday, 10 May 2012

Mr. Right buat Ann~~~Ruby Hazri

Tajuk:Mr. Right buat Ann
Penulis: Ruby Hazri
Harga: RM20.00 (Semenanjung), RM23.00 (S/S)
Penerbit: Jemari Seni
Tahun terbit: April 2012

Sinopsis belakang buku:-
Usia Ann sudah mencecah 31 tahun, tapi masih bujang. Adiknya pun sudah punya dua orang anak. Orang keliling dah mula bising. Masalahnya, Ann masih belum jumpa Mr Rightnya, meskipun banyak calon yang menunggu borang permohonan mereka diluluskan.
Calon-calonnya ialah:-
A. Hanif - Cinta hati Ann sejak zaman belajar lagi, tetapi asyik sibuk dengan kerjayanya di Dubai sana sehingga Ann terkapai-kapai sendirian.
B.  Khairil - Kenalan sepupunya yang berkarisma. Duda kacak dan bergaya.
C. Desmond - Senior sepejabat yang tak habis-habis membulinya.
D. Tuan Haji Kamil - Duda anak tiga yang sudah berusia.
E. Arman Faiz - Lelaki yang dikenali secara tak sengaja, sering terserempak di mana-mana.
.....(ada lagi baca sendiri)

Nukilan Kak Ros:-
Nama sebenar Ann dalam i.c adalah  Siti Nur Anisa tapi dia cukup pantang orang panggil dia Siti. 
Novel ni banyak cerita pasal Ann (off cause la kan Ann kan watak utama), Hanif, Desmond dan Tuan Haji Kamil. Rasanya cerita pasal Adnan abang kepada Ann lagi banyak daripada cerita pasal Arman Faiz. Untuk lari dari kebiasaan watak yang jarang-jarang disebut bak tertulis dalam blurb pun lelaki yang dikenali secara tak sengaja itulah Mr. Right buat Ann.


Bintang: 3 out of 5

Catatan: Dibeli ketika PBAKL 2012 dengan harga selepas diskaun RM15.00. 

Wednesday, 9 May 2012

KeINDAHan cinta IMAN~~~Zuraidah Othman

Tajuk: KeINDAHAN cinta IMAN
Penulis: Zuraidah Othman
Harga: RM22.90 (Semenanjung), RM25.90 (S/S)
Penerbit: NB Kara Sdn. Bhd.
Tahun terbit: April 2012

Sinopsis belakang buku:-
"Barulah saya tahu kenapa abang dan kakak ipar saya beria-ia sangat nak kahwinkan saya dengan awak. Awak tahu... saya akan ikut apa yang mereka suruh.  Kalau itu yang dia orang kejarkan sangat, saya akan serahkan butik itu kepada mereka. Itu hadiah saya sebelum saya keluar dari rumah. Sekurang-kurangnya itu sebagai tanda terima kasih sata atas apa yang pernah saya terima dulu... Selepas ni, diorang takkan berani mengungkit lagi."

Dia menangis lagi.  Cepar-cepat air jernih itu dikesatnya. "Awak ikhlas nak kahwin dengan saya?"
(Ada lagi tengok sendiri la yer belakang buku tu)


Nukilan Kak Ros:-
Indah seorang anak yatim piatu. Mempunyai 4 orang abang yang sama ayah tapi berlainan ibu dengan Indah. Indah ni kira anak bongsu, sorang jer pompuan. Amat mahir dalam bidang pastry dan merupakan rakan kongsi sebuah kedai roti.  Orangnya cantik, manis sejak kecil dan menjadi kesayangan ibu tirinya dan abang-abang tirinya (terutama abang sulung, Zahari - suami kepada Nadiah <---perancang kepada semua sehingga Indah terpaksa mengahwini Iman)


Iman juga anak yatim piatu yang paksa rela memikul tanggungjawab menjaga 4 org anak sedaranya yang kematian ayah (abang kepada Iman) dan ditinggal ibu mereka yang lari. Erk...memang adakan perkara macam ni berlaku.  

Cerita berlaku apabila rombongan Iman datang meminang Indah.  Berlaku silap faham Indah melarikan diri menaiki teksi yang dipandu oleh Iman (aik Iman driver teksi ke? jeng...jeng...jeng...) Setelah berkahwin Indah terpaksa berhadapan dengan karenah anak-anak sedara Iman..hanya Tuhan saja yang tahu betapa penyabarnya si Indah ini terutama apabila terpaksa melayan karenah along iaitu Aisyah yang sebenarnya mempunyai perasaan yang lebih dari perasaan seorang anak sedara kepada bapa saudara terhadap iman. Apa lagi si Aisyah anggap Indah adalah musuh utamanya.
 

Perasaan Kak Ros ketika dan selepas membaca:-
1st time baca tulisan penulis ini tapi memang impress lah. Gembira cos rasa tak rugi mengeluarkan RM18.30 untuk membeli buku ini dan berbaloi membaca nya.
Bintang: 3 out of 5


Catatan: Beli masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 kat PWTC dengan harga RM18.30 siap ada t.t penulis ini lagi.

Awak Suka Saya Tak? ~~ Melur Jelita



Tajuk: Awak Suka Saya Tak?
Penulis: Norlaili Salleh a.k.a Melur Jelita
Harga: RM35.00 (Semenanjung), RM38.00 (S/S)
Penerbit: Karya Seni
Tahun terbit: 2011
Awak Suka Saya Tak? tulisan Melur Jelita atau nama sebenar beliau Norlaili Salleh.
Ini merupakan novel penyemarak semangat saya untuk membina koleksi bahan bacaan saya semula setelah bersara sekejap sejak kelahiran Aisyah Humairaa. (Bersara tapi beli jugak novel hihihi. Dalam erti sebenar bersara membaca word by word. Sejak kelahiran Aisyah saya sempat buat speed reading jer...bukan sibuk sangat pun tapi membuat andaian disebabkan lama dalam bidang pembacaan novel ini saya cuma perlu baca sinopsis, mukadimah, selak dengan cepat then ending ...kesimpulan nya saya dah tahu jalan cerita novel tersebut).  So tak yah baca setiap patah perkataan.

Tapi dengan ASST ini saya baca WORD BY WORD. Sepatah pun saya tak boleh lepas takut tak paham dan juga sayang sangat kalau tak baca...hik...hik...hik..macam tu sekali kan.  Ini bukan novel yang sekali pandang saya terus beli ya... cos bagi saya cover ASST kurang menarik (lain orang lain pendapatkan). Itu pendapat sebelum membaca tapi setelah khatam tak tau berapa kali dah ni baru saya faham kenapa cover ASST macam tu...amat kena dengan jalan cerita ASST.  Tengok sampai 2 naskhah koleksi saya. 1 naskhah untuk dilunyaikan dan 1 lagi simpan takut rosak...sayang. Nampak tak betapa bestnya novel ini.


Sedikit sinopsis belakang buku:-
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong, kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha.  Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh.  Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?....(ada lagi malas nak taip)

Nukilan Kak Ros:-
ASST? berkisarkan cerita kekeluargaan dan kasih sayang di antara sesama manusia tidak kira apa bangsa dan agama serta pegangan, juga kasih sayang kepada binatang (merujuk kuda~~~antara watak utama ni, kura-kura, burung merpati) dan yang utama kasih sayang umatnya kepada rasul dan Tuhannya. 

ASST? bukanlah novel Islamik<---merujuk kata-kata penulis itu sendiri tapi saya jumpa banyak sekali kata-kata nasihat serta ajakan halus untuk kita kembali kepada ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan kebanyakannya memang terkena batang hidung saya sendiri.

Ketika membaca ASST? saya boleh ketawa, menangis dan berfikir seperti watak-watak di dalamnya terutamanya watak Puteri Intan Zulaikha (novel ini menggunakan ganti diri aku so seperti proses penceritaan jer dan rasa amat dekat dengan diri kita yang membaca).

Banyak lagi nak cerita tapi macam panjang sangat nanti...siapa yang nak baca kang diri sendiri pun tak sudi nak baca. Eh dalam ASST? byk bahasa-bahasa yang biasa kita guna harian contohnya: kang marah kang...

Perasaan ketika membaca & selepas membaca ASST:-
 Bestttttttttttt sangat, rasa nak ulang baca lagi dan lagi, gembira, syukur cos berbaloi belanjakan RM35.00 utk dapatkan ASST?, kelakar, senyum dari mata sampai ke hati. Memang puas hati lah.

 Jumlah bintang dari Kak Ros:-
 5 bintang (dari 5) markah penuh untuk citarasa Kak Ros yer.

Catatan: Novel pertama dibuat ulasan:- Menunjukkan betapa sayang dan sukanya saya kepada ASST? ini.
 Naskhah pertama ASST beli kat Karya Seni secara online dengan harga RM35.00 termasuk pos(free). Naskhah ke-2 beli melalui Lyn Othman (FB) kerana nak dapatkan t.t Melur Jelita total termasuk pos RM45.00 (sunggup tu).

Update:- Gi PBAKL 2012 dapat jumpa Melur Jelita dan mintak t.t beliau. Nak ajak bergambar segan...